KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) melalui detik yang memalukan apabila gagal gagal mendapat Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia selepas empat tahun menunggu.
Lebih memalukan apabila berada di tangga ke-36.
Lantaran itu, Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) mahu pengurusan syarikat penerbangan itu dipecat kerana terbukti sesuatu yang tidak kena dengan cara pengurusan Malaysia Airlines.
“Terdapat keperluan yang serius untuk melihat mengapa syarikat penerbangan negara telah jatuh paling teruk, berbanding sebelum ini memenangi banyak penghargaan Skytrax.
“Apa yang berlaku dengan Malaysia Airlines membuatkan ramai yang tertanya-tanya? Adakah terdapat masalah besar dengan syarikat penerbangan yang kita semua perlu tahu?
“Jika pihak pengurusan tidak mampu mengembalikan semula imej Malaysia Airlines, maka mereka mesti mengetepikan untuk membolehkan pengurusan baru mengambil alih. Sudah sampai masanya untuk menukar pengurusan yang bertanggungjawab terhadap prestasi buruk syarikat penerbangan negara,” ujar NUFAM dalam satu kenyataan.
NUFAM juga menuntut penjelasan berhubung prestasi kedudukan Malaysia Airlines yang corot itu.
Katanya, selepas empat tahun pemulihan Malaysia Airlines dengan peruntukan berbilion-bilion, apa alasannya gagal untuk berada pada kedudukan 10 teratas.
Sedangkan sebelum ini, Malaysia Airlines telah memenangi 7 anugerah berturut-turut untuk Krew Kabin Terbaik.
“Selepas penstrukturan semula utama pada tahun 2015, kami fikir Malaysia Airlines akan bertambah baik dengan beberapa pelan pemulihan yang lebih baik untuk syarikat penerbangan itu.
“Hari ini, kami tidak melihat apa-apa anugerah daripada pengurusan baharu,” katanya. – MalaysiaGazette
I HOPE MALAYSIA AIRLINES CANT BE LIKE A EMIRATES FLY