KUALA LUMPUR – Sejak akhir-akhir ini kita sering disajikan dengan cerita-cerita tentang sifat rendah diri tanpa protokal Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kelmarin kita menyaksikan sendiri bagaimana keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mencemar duli di restoran makanan segera, KFC mengejutkan pelanggan dan kakitangan restoran itu.
Rakyat bukan sahaja terkejut malah teruja kerana sikap yang ditonjolkan itu psangan Di-Raja itu seolah-olah seperti mimpi di siang bagi mereka yang tidak pernah berkesempatan menemui Raja dan Permaisuri, malah ada juga sempat berswafoto.
Datuk Abdul Malik Dasthigeer yang ditemui MalaysiaGazette sempat berkongsi pengalaman beliau bertemu Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Kata pemilik Malik Streams Corporation Sdn. Bhd itu, sehingga saat ini beliau seolah-olah berada di alam mimpi kerana apa yang berlaku kepadanya adalah pengalaman luar biasa dan akan sentiasa sentiasa terpahat dalam dirinya sebagai memori paling manis.
“Saya fikir hanya akan dapat melihat Baginda dari jauh sahaja apatah kita ini hanya dalam kalangan rakyat biasa. Tetapi apa yang berlaku kepada saya ini sebenarnya sesuatu yang luar biasa.
“Saya bukan sahaja dapat bercakap dengan Baginda tentang perancangan saya dalam melaksanakan konsert mega Bollywood dengan menjemput bintang dunia seperti Shah Rukh Khan atau Salman Khan.
“Baginda juga memberikan respons Baginda dengan perancangan yang saya maksudkan itu dengan penuh rendah diri. Sebenarnya saya sangat teruja, sangat terkejut pada masa sama tidak pasti bagaimana untuk memberi maklum balas juga.
“Saya lihat Baginda juga tidak kekok dengan para hadirin yang hadir pada majlis resepsi anak bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa pada minggu lepas. Al-Sultan Abdullah turut berkenan, bergurau malah ‘berselfie’ dengan semua.
“Ini adalah satu permandangan yang sangat luar biasa bagaimana Baginda cukup merendah diri dan berjiwa rakyat. Berbual dengan rakyat tanpa protokol malah karpet merah bukan untuk Baginda sahaja malah membenarkan semuanya menggunakan tanpa protokol.
“Malah saya amat teruja apabila Baginda turut sempat bergambar dengan anak perempuan saya, dengan isteri saya, semua itu kenangan yang tidak mungkin lupa sehingga bila-bila.
“Benarlah, Baginda sangat berjiwa rakyat dan dekat sangat dengan kita semua tanpa sebarang rasa kekok,” katanya. – MalaysiaGazette