KUALA LUMPUR – Pelakon berbakat besar, Amar Asyraf selamat menimang cahaya mata kedua setelah isterinya, Arna Salleh melahirkan bayi perempuan.
Menerusi Instagram miliknya, Amar memberitahu nama anaknya adalah Ammara Dian.
“Alhamdulillah Isteri saya selamat melahirkan seorang anak perempuan. Ammara Dian Binti Amar Asyraf.
“Terima Kasih kepada semua yang banyak membantu dan berdoa untuk kami,” tulisnya.
Amar dan Arna mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Taufik yang kini berusia lima tahun. – MalaysiaGazette