Home Nasional Anggota polis direman lima hari bantu siasatan kes rasuah

Anggota polis direman lima hari bantu siasatan kes rasuah

Tujuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung urusan cukai jalan yang dipercayai melibatkan ketirisan mencecah RM3.1 juta, dua tahun lalu.

SEREMBAN – Seorang anggota polis berpangkat koperal direman lima hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah berjumlah RM4,000.

Perintah reman yang bermula hari ini itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Khas Reman Yusna Khadijah Md Yusop di sini setelah membenarkan permohonan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan Mohd Khairi Abdul Karim untuk menyiasat kes di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Anggota lelaki berumur 38 tahun itu ditahan di Balai Polis Sikamat di sini, pukul 9.30 malam tadi.

Menurut sumber SPRM, suspek disyaki telah meminta wang rasuah sebanyak RM4,000 daripada seorang pengadu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lima pekerja pengadu yang memiliki sebotol air ketum manakala seorang daripadanya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah di sini pada 10 pagi dan diiringi peguamnya A. Kriyshanaa dan pegawai SPRM negeri.

— BERNAMA