Home Dunia Mayat tujuh pendaki Himalaya sudah ditemui

Mayat tujuh pendaki Himalaya sudah ditemui

Mayat tujuh pendaki ditemui pasukan penyelamat India di banjaran Himalayas semalam.foto: Associated Press (AP)

UTTARAKHAND – Tujuh mayat daripada lapan pendaki yang dilaporkan hilang sejak 26 Mei lalu di Himalaya berjaya ditemui pihak berkuasa.

Mayat yang ditemui itu termasuk empat warga Britain, dua warga Amerika Syarikat dan masing masing seorang rakyat Australia dan India.

Mereka dilaporkan hilang sejak 26 Mei lalu di Gunung Nanda Devi berikutan runtuhan salji.

Pasukan mencari dan menyelamat akan meneruskan misi menjejaki pendaki kelapan yang masih belum dijumpai.

Pasukan pendaki lapan orang yang diketuai juru pandu, Martin Moran telah cuba sampai ke puncak pergunungan yang penuh mencabar dan bahaya itu.

Sebelum ini pihak berkuasa India mendakwa lapan pendaki gunung itu disyaki meninggal dunia di atas banjaran itu.

Mereka yang maut itu merupakan kumpulan yang disertai oleh 12 orang tetapi empat ditemui dengan selamat sebelum ini.

Pencarian telah dilakukan sejak awal Jun lalu,

Namun, mayat-mayat mereka ditemui pada hari Ahad, pengurusan negeri Uttarakhand , Vijay Jogdande berkata.

Kesemua mayat itu ditemui pada ketinggian lebih 5,000 meter di atas banjaran dan akan diturunkan ke kem untuk pengecaman identiti.

pasukan penyelamat himalaya tentera
Pasukan penyelamat yang terdiri daripada tentera udara India meneruskan pencarian mayat pendaki kelapan.foto: Associated Press

Moran yang berasal dari Tyneside menjadi pemandu pendakiaan gunung sejak tahun 1985 lagi, sebelum menubuhkan sebuah syarikat pendakian gunung profesional bernama Moran Mountain berpangkalan di Strathcarron di Kepulauan Scotland dengan dibantu isterinya Joy dan dua anak Haze dan Alex.

Pada kenyataan awal, ahli keluarga Moran menyatakan rasa terkejut dan kesedihan atas tragedi yang menimpa suaminya.

Keluarga Moran juga menerangkan bagaimana kumpulan pendaki yang diketuai suaminya berangkat untuk mendaki puncak yang tidak dinamakan atau puncak setinggi 6,477meter dan panggilan terakhir daripada mereka telah menunjukkan semuanya berjalan dengan baik tanpa masalah.

Namun tidak pasti apa yang telah berlaku apabila amaran dibunyikan pada pagi 31 Mei selepas kumpulan itu gagal kembali ke Base Camp setelah menakluk puncak pergunungan kedua tertinggi di India. – MalaysiaGazette