KUALA LUMPUR – Malaysia perlu meningkatkan produktiviti supaya dapat mencapai status berpendapatan tinggi dalam dekad yang akan datang, kata Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde.
Walaupun ekonomi Malaysia berjaya dalam 20 tahun yang lalu tetapi produktiviti jauh ketinggalan dan “dalam beberapa tahun kebelakangan ini tidak berkembang.
Beliau berkata demikian dalam satu teks ucapan yang disampaikan kepada pelajar-pelajar di Kuala Lumpur.
Beliau mengemukakan tiga langkah bagi negara Asia Tenggara ini untuk mencapainya:
* Meningkatkan tadbir urus dan menangani rasuah: Pelan anti-rasuah Malaysia yang dilancarkan awal tahun ini adalah “kemajuan yang sangat baik,” tetapi keutamaannya akan memastikan perubahan dilakukan dalam undang-undang dan dilaksanakan.
* Melabur dalam pendidikan berkualiti tinggi: Walaupun Malaysia melabur lebih banyak dalam pendidikan, hasilnya kurang memberangsangkan. Negara ini masih berada di bawah purata OECD dalam matematik, membaca dan sains. Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada latihan semula kemahiran, keperluan pendidikan wajib dan lebih banyak kursus dalam talian dan latihan separuh masa untuk pelajar universiti.
* Meningkatkan penyertaan tenaga buruh untuk wanita: Di Malaysia, wanita mempunyai peluang kerjaya yang lebih sedikit berbanding rakan-rakan di rantau ini dan mereka memperoleh purata sekitar satu pertiga kurang daripada lelaki.
Belanjawan baru-baru ini termasuk langkah-langkah untuk meningkatkan cuti keluarga berbayar dan memastikan syarikat berkaitan kerajaan mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita dalam lembaga pengarah, bagaimanapun, Lagarde berpendapat angka itu perlu dinaikkan kepada 50 peratus. – MalaysiaGazette