Home Dunia Ratusan ribu warga Republik Czech desak PM letak jawatan

Ratusan ribu warga Republik Czech desak PM letak jawatan

PRAGUE – Beratus-ratus ribu rakyat hampir mencecah lebih 250,000 orang berarak dalam keadaan marah dan beremosi di di Prague, ibu kota Republik Czech semalam bagi mendesak Perdana Menteri,  Andrej Babis meletak jawatan serta merta.

Agensi penyiaran seperti BBC dan CNN melaporkan, Babis yang merupakan seorang hartawan dengan harta berbilion kemudian menjadi Perdana Menteri menghadapi pelbagai tuduhan salah guna kuasa, penyewelengan serta penipuan kini mula di dedahkan oleh pihak lawan.

Babis

Malah Barbis dituduh telah menyeleweng dana subsidi rakyat berjuta-juta euro sejak 10 tahun lepas.

Laporan awal EU dikeluarkan media Czech pada Mei lalu, mengatakan Babis mungkin mempunyai konflik kepentingan terhadap subsidi EU, melibatkan bekas empayar perniagaannya Agrofert.

Bagaimanapun, Babis tetap menafikan segala pertuduhan itu sambil menyifatkan ianya satu cubaan oleh EU sendiri bagi menjatuhkan dirinya, penafian ini kemudian menyemarakkan rakyat untuk bangkit di jalanan.

Malah walaupun selepas pihak berkuasa seperti polis menasihatkan supaya Barbis didakwa, Menteri Undang-Undang pula di tukar pada masa itu juga.

Barbis juga enggan sesekali tunduk kepada kehendak Parlimen mahupun pihak berkuasa dan rakyat untuk meletak jawatan sebaliknya berkeras apa yang sedang berlaku kepadanya adalah bermotifkan politik.

Malah protes sebegini yang begitu jarang berlaku dilaporkan kali terakhir berlaku pada 1989. –MalaysiaGazette