Home Dunia Wanita tertidur ditinggalkan dalam pesawat

Wanita tertidur ditinggalkan dalam pesawat

OTTAWA – Seorang wanita mendakwa dia ditinggalkan bersendirian di dalam pesawat Air Canada selepas tertidur dalam penerbangan.

Tiffani Adams memberitahu, dia tertidur ketika terbang dari Quebec ke Toronto pada 9 Jun lalu.

Apabila dia tersedar, keadaan sekeliling sangat sejuk dan dia masih berada di tempat duduknya, tetapi pesawat sudah di parkir.

Tambahnya, keadaan dalam pesawat sangat gelap.

Sejak kejadian itu, Tiffani mendakwa dia mengalami masalah ketakutan untuk tidur.

Air Canada mengesahkan kejadian itu berlaku dan sedang menyiasat.

Beliau menyifatkan pengalaman itu menakutkan.

Tiffani kemudian membuat panggilan kepada rakannya Deanna Dale untuk memberitahu di mana dia berada, sebelum telefonnya mati selepas itu.

Dale kemudian menelefon Lapangan Terbang Toronto Pearson dan memberitahu tentang Tiffani.

Sementara menunggu dikeluarkan, Tiffani menemui lampu suluh di kokpit dan cuba menarik perhatian.

Dia ditemui oleh pengendali kereta bagasi yang dia mendakwa “terkejut”.

Tiffani berkata, Air Canada menawarkannya limosin dan hotel namun dia menolaknya kerana mahu balik ke rumah secepat mungkin.

Beliau memberitahu, syarikat penerbangan itu telah menelefonnya bagi tujuan siasatan dan memohon maaf. – MalaysiaGazette