Home Nasional Latheefa angkat sumpah KP SPRM

Latheefa angkat sumpah KP SPRM

latheefa
Latheefa Beebi Koya mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

KUALA LUMPUR – Latheefa Koya mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-14 di Istana Negara di sini pagi ini.

Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Abdullah bersetuju mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Latheefa sebagai ketua pesuruhjaya SPRM ke-14 untuk tempoh kontrak dua tahun mulai 1 Jun 2019 hingga 31 Mei 2021.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan permohonan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau lebih awal yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts