KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kesal dengan tindakan Kasatuan Kakitangan Petronas (Kapenas) yang mengadakan piket di Bintulu semalam.
Menurut syarikat minyak nasional itu, ia telah mengadakan empat sesi rundingan berhubung Perjanjian Bersama 2019-2021, paling terbaharu pada 16 April lalu.
Namun, rundingan itu menemui jalan buntu seperti yang diisytiharkan Kapenas meskipun tawaran kompetitif diberikan kepada kesemua lima kesatuan, yang mana empat lagi telah diterima dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.
“Kami bekerjasama rapat dengan semua pihak berkuasa dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk memastikan perkara itu diselesaikan tidak lama lagi demi kepentingan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette