Home Sukan Stadium San Siro bakal dirobohkan

Stadium San Siro bakal dirobohkan

Stadium San Siro

MILAN – Stadium terkemuka, Stadium San Siro bakal dirobohkan bagi membina sebuah stadium baharu.

San Siro  merupakan salah satu gelanggang ikonik dalam bola sepak Eropah kerana pernah menjadi venue Piala Dunia 1990 selain empat perlawanan akhir Piala Eropah dan Liga Juara-Juara dan terbaharu ialah Real Madrid menngecewakan Atletico Madrid 5-3 dalam penentuan penalti setelah aksi sebenar berakhir 1-1.

Namun di sebalik nostalgia dalam bola sepak dunia, San Siro perlu dikorbankan selepas kedua-dua kelab yang berpangkalan di Milan, AC Milan dan Inter Milan bersetuju membina stadium baharu.

Presiden Milan, Paolo Scaroni memberitahu, kedua kelab itu akan bersama-sama membina San Siro yang baharu bersebelahan dengan stadium yang lama.

“Sudah pasti satu keputusan yang sukar dan proses yang sangat rumit. Namun sangat menarik untuk mengadakan majlis pembukaan Sukan Olimpik di Stadium San Siro yang baharu.” kata Scaroni.

Bandar Milan baru dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 dan  melihat keperluan stadium yang baharu itu dalam majlis perasmian temasya itu. – MalaysiaGazette