Home Politik Ugutan Faizah ‘serangan peribadi’ kepada Zuraida

Ugutan Faizah ‘serangan peribadi’ kepada Zuraida

KUALA LUMPUR- Tindakan Naib Ketua Wanita Keadilan Pusat, Datin Faezah Arrifin disifatkan sebagai biadap kerana menyelar kenyataan Zuraida Kamaruddin yang mahu Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat.

Ketua Wanita Keadilan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Idawatie Pariman dalam kenyataannya membidas Faezah sambil kesal dengan sikap pemimpin itu.

“Beliau (Faezah) dengan sengaja dan secara terbuka telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zuraida yang juga Naib Presiden PKR,

“Tindakan beliau dilihat sebagai sengaja ingin memberikan persepsi kepada masyarakat umum bahawa di dalam parti, para pimpinan tidak sehaluan.

“Sedangkan parti ini sendiri didirikan berdasarkan konsep keterbukaan dimana kita mengamalkan pendekatan agree to disagree di mana setiap ahli boleh menyuarakan pandangan dan setiap pandangan haruslah dihormati.

“Tindakan Faezah mengeluarkan kenyataan tersebut juga dilihat sebagai ‘serangan peribadi’ untuk menyerang dan menjatuhkan maruah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” katanya.

Justeru tegasnya, ugutan Faezah kepada Ahli Parlimen Ampang itu juga dilihat tidak rasional dan bersifat keanak-anakan apabila mencabar Zuraida meninggalkan parti.

“Cukuplah Faezah jangan ikutkan perasaan serta agenda peribadi anda,” tegasnya lagi.