Home Dunia Mirazur restoran terbaik dunia

Mirazur restoran terbaik dunia

Suasana di dalam restoran Mirazur. foto Agensi

PARIS – Mirazur yang berpangkalan di Perancis dinobatkan sebagai restoran terbaik dunia.

Restoran di Riviera Perancis muncul di pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh World’s 50 Best Restaurants di Singapura baru-baru ini.

Mirazur, yang dikendalikan oleh chef Argentina, dipuji kerana beberapa hidangannya, termasuk salt-crusted beetroot dengan krim kaviar. yang menggunakan ubi bit merah dari tamannya sendiri.

Anugerah ini diwujudkan sejak tahun 2002, kini menyaingi bintang-bintang Michelin yang terkenal, walaupun sesetengah pakar mempersoalkan metodologi itu.

Senarai itu dikumpulkan berdasarkan penghakiman lebih daripada 1,000 pakar masakan.

Sepanyol mempunyai tiga restoran di tangga 10 teratas, manakala Perancis, Denmark dan Peru masing-masing mempunyai dua penyertaan.

World’s 50 Best Restaurants, yang diterbitkan oleh William Reed Business Media yang berpangkalan di Britain berkata, Mirazur menyediakan “pengalaman restoran sempurna”.

Dengan tertarik pemandangan yang tidak dapat ditandingi dari Riviera Perancis, tiga tingkat taman sayur-sayuran yang dihasilkan segar dan satu pasukan tukang masak yang berbakat.

Chef Mirazur, Mauro Colagreco berkata, beliau berbangga dengan kemenangan itu dan menyifatkan anugerah berkenaan sebagai mimpi menjadi kenyataan.

Mirazur dibuka sejak tahun 2006 dan mempunayi tiga bintang Michelin.

Bintang Michelin adalah sistem penarafan yang digunakan oleh Michelin Guide untuk memberi gred kepada kualiti restoran. – MalaysiaGazette