Home Dunia Pesawat An-24 tersasar landasan, sekurang-kurangnya 2 maut

Pesawat An-24 tersasar landasan, sekurang-kurangnya 2 maut

NIZHNEANGARSK, Siberia – Sekurang-kurangnya dua orang maut dan lebih enam orang cedera apabila sebuah pesawat Antonov, An-24 milik Angara Airlines tersasar daripada landasan ketika mendarat di timur Siberia.

Kajadian di Nizhneangarsk berlaku ketika pesawat cuba melakukan pendaratan cemas.

Video yang dirakam saksi di lokasi kejadian menunjukkan asap berkepul-kepul ekotran insiden tersebut.

Sekurang-kurangnya dua krew maut dalam kemalangan itu, menurut maklumat awal manakala sekurang-kurangnya tujuh orang dimasukkan ke hospital, lapor RT.

Baki 43 orang yang menuju ke Ulan Ude keluar dengan selamat dari pesawat.

“Salah sebuah enjin gagal berfungsi apabila pesawat itu berlepas. Krew penerbangan mengambil keputusan untuk berpatah balik,” kata jurucakap Buryyatia, Aleksey kepada TASS.

“Semasa mendapat pesawat tersebut tersasar 100 meter daripada landasan dan melanggar loji rawatan kumbahan menyebabkan pesawat terbakar,”. – Agensi