Home Ekonomi Tiada lagi lorong tambah nilai di Akleh, GCE

Tiada lagi lorong tambah nilai di Akleh, GCE

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan menghentikan operasi lorong tambah nilai berkuatkuasa pada Isnin, 1 Julai 2019.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) PROLINTAS, Ir. Rostam Shahrif Tami, pemberhentian operasi lorong tambah nilai ini bagi melancarkan pergerakan trafik dan mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh pengguna beratur di lorong tersebut di plaza tol.

“Bagi membantu pengguna AKLEH untuk melakukan transaksi tambah nilai Touch n Go, pengguna dicadangkan untuk menggunakan kiosk layan diri yang disediakan di Pejabat Operasi AKLEH, manakala di GCE adalah di lorong berlapis Touch ‘n Go Plaza Tol Bukit Jelutong (arah utara), kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah selatan dan arah utara) dan hentian sebelah Lagong.

“Selain itu, pengguna juga boleh melakukan transaksi tol menggunakan perkhidmatan eWallet (Direct Pay) di semua tol plaza di GCE,” tambah Ir. Rostam lagi. – MalaysiaGazette