Home Ekonomi Hutang negara cecah RM800 bilion bulan depan – Najib

Hutang negara cecah RM800 bilion bulan depan – Najib

KUALA LUMPUR – Hutang rasmi negara dijangka cecah RM800 bilion pada bulan depan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, semalam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng meminjam lagi sebanyak RM4 bilion lagi.

“Maka hutang rasmi negara hari ini naik ke RM797. 4 bilion berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 di bawah Barisan Nasional (BN),” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Najib, itu pun belum dikira duit RM82 bilion Petronas yang dipaksa bayar kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Selepas pinjam banyak tahun lepas, kerajaan PH terus menambah hutang negara dengan kadar yang jauh lebih pantas berbanding masa BN.

“Tak sampai setengah tahun 2019, mereka telah pinjam RM74.3 bilion (RM67 bilion sukuk tempatan serta RM7.3 bilion bon Samurai) dan bayar balik RM17.7 bilion.

“Guan Eng kata pinjaman 1MDB sebanyak RM30 bilion jahanamkan negara walaupun ada projek-projek bernilai RM140 bilion (Bandar Malaysia dan RM40 bilion (TRX) serta perjanjian penyelesaian dengan IPIC.

“Tapi dia tambah hutang negara dengan sebanyak RM56.6 bilion net dalam enam bulan sahaja pula

“Sekarang dia sedang berkunjung ke China untuk pinjam bon Panda,” ujarnya yang juga bekas Menteri Kewangan.

Jika kadar ini berterusan, katanya, hutang rasmi negara akan cecah RM1 trilion pada akhir tahun depan.- MalaysiaGazette