JAKARTA – Sebuah helikopter tentera yang membawa 12 penumpang hilang hubungan dengan pengawal trafik udara, beberapa minit selepas berlepas dari Oksibil di Papua semalam, kata para pegawai.
Helikopter Mi-17 dengan tujuh krew dalam perjalanan ke lapangan terbang Sentani di Jayapura itu membawa lima anggota tengtera gantian untuk Pemerintah Tentera Cendrawasih, lapor Metro TV yang memetik kata seorang jurucakap, Kolonel Muhammad Aidi.
“Kami masih mencari helikopter itu. Kami berhenti mencari pada jam 9 malam (waktu Indonesia Timur) berikutan hujan lebat,” kata jurucakap itu.
Helikopter pengangkut itu hilang hubungan dengan menara lapangan terbang Oksibil jam 11.40 pagi semalam ketika berada pada ketinggian 7,888 kaki.
Helikopter itu dijangka tiba di Sentini pada jam 1.11 tengahari semalam. – Agensi