Home Utama Zahid umum kembali bertugas sebagai Presiden UMNO

Zahid umum kembali bertugas sebagai Presiden UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Ucapan Penggulungan Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 30 SEPTEMBER 2018
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan menamatkan percutiannya dan meneruskan semula tugas sebagai Presiden UMNO.

“Hari ini 30 Jun 2019, saya ingin umum saya menamatkan cuti saya. Ini beerti bahawa mulai hari ini saya terus sambung tugas saya sebagai Presiden UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Jamuan Hari Raya di Bagan Datuk, Perak hari ini.

Menurutnya, biar pun berdepan dengan banyak mana sekali pun pertuduhan, beliau akan terus berjuang.

“Biarpun 80 pertuduhan disediakan kepada saya, biar pun akan datang 870 pertuduhan kepada saya,” katanya.

Semalam, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, hanya Ahmad Zahid sendiri dapat memutuskan sama ada beliau mahu terus bercuti atau menamatkannya dan kembali bertugas sebagai presiden.

Sebelum itu, Ahmad Zahid bercuti sebagai presiden parti dan menyerahkan tugas itu kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan kerana pendakwaan kes rasuah terhadapnya.- MalaysiaGazette