SINGAPURA – Harga minyak melonjak lebih daripada AS$1 setong pada hari ini selepas Rusia bersetuju untuk melanjutkan pengurangan bekalan minyak untuk enam bulan lagi.
Niaga hadapan minyak mentah Brent bagi September mencecah setinggi AS$66.16 setong pada, naik 1.4 peratus atau AS$0.89 setong.
Manakala kontrak hadapan Ogos bagi West Texas Intermediate pula naik 1.5 peratus kepada AS$59.35 setomg.
OPEC, Rusia dan sekutu-sekutunya yang dikenali sebagai OPEC+, akan bertemu pada 1 dan 2 Julai ini bagi membincangkan mengenai lanjuran pengurangan bekalan, yang mana sedang dilaksanakan sebanyak 1.2 juta tong sehari sejak Januari lalu.
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, rundingan akan melanjutkan bekalan berdasarkan volum yang sama.
Menteri Minyak Arab Saudi, Khalid al-Falih berkata, rundingan nanti akan melanjutkan pengurangan bekalan minyak bagi tempoh sembilan bulan lagi dan tidak peningkatan pemotongan bekalan lebih tinggi diperlukan. – MalaysiaGazette