Home Seni Hidup Hazama muncul dengan Peneman

Hazama muncul dengan Peneman

Hazama kini muncul dengan single terbaharu, Peneman.

KUALA LUMPUR – Selepas kali terakhir mengeluarkan single pada enam bulan lalu, kali ini Hazama Ahmad Azmi atau Hazama tampil dengan single terbaharu berjudul Peneman buat peminat yang setia mengikuti perkembangan seninya.

Lagu Peneman telah diangkat sebagai lagu tema utama drama bersiri Asalkan Dia Bahagia yang bersiaran di slot Akasia TV3 pada Mac lalu.

Peneman merupakan single pertama Hazama sejak penyanyi itu bernaung di bawah syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.

Peneman yang bergenre balada rock ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer Tam Spider.

unnamed
Video muzik rasmi Peneman boleh mula ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos.

Menariknya, Hazama turut menggunakan ruang visual ini dalam memberikan penghormatannya kepada seorang sahabat yang disifatkannya sebagai salah seorang peneman setianya di atas pentas selama ini.

Dedikasi khas ini dibuat sebagai tanda ingatan buat Allahyarham Wan Kelly Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Kelly yang menemui Illahi pada 4 Mei lalu.

Pemain bass terkenal tanahair ini merupakan salah seorang ahli yang menganggotai band pengiring Hazama, yang dikenali sebagai ‘The Penglipur Lara’.

Video muzik rasmi Peneman yang mampu menyentuh hati penonton ini boleh mula ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos.

Sementara itu ejak dimuat naik pada Mac lalu, muzik video audio lagu Peneman kini sudah ditonton hampir 1 juta penonton.

Peneman kini sudah boleh dimuat naik menerusi aplikasi penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan iTunes mulai hari ini. – MalaysiaGazette