Home Ekonomi Pelabur asing beli RM171.7j ekuiti minggu lalu

Pelabur asing beli RM171.7j ekuiti minggu lalu

Pelabur asing menjual sejumlah AS$704.3 juta ekuiti minggu lalu berbanding AS$705.4 juta pada minggu sebelumnya. - MIDF Research

KUALA LUMPUR – Pelabur-pelabur asing membeli sebanyak RM171.7 juta ekuiti tempatan pada minggu lalu.

Jumlah itu adalah enam kali lebih tinggi berbanding belian yang dibuat pada minggu sebelumnya, kata MIDF Research.

Firma penyelidikan itu berkata, dua hari pertama minggu lalu menyaksikan jualan ekuiti di bawah RM25 juta.

Risiko meningkat berikutan kenyataan-kenyataan Iran yang mahu lebih banyak penyelesaian diplomatik susulan sekatan baharu oleh Amerika Syarikat.

“Para pelabur antarabangsa pada hari Rabu meraih pulangan daripada belian RM73.1 juta ekuiti tempatan walaupun Rizab Persekutuan Bank of St. Louis sudah semakin memperlahankan kenyataan tentang keperluan melonggarkan monetari Amerika Syarikat dengan agresif.” kata firma penyelidikan itu.

Pada Khamis, tahap pembelian bersih asing meruncing sedikit kepada RM53.8 juta disebabkan sentimen lemah daripada berita tambahan tarif lebih besar akan dikenakan ke atas barang-barang di China oleh Amerika Syarikat, jika tidak ada kemajuan yang dibuat pada perjanjian perdagangan ketika kedua belah pihak bertemu pada pertemuan G20.

MIDF berkata, Bursa Malaysia menyaksikan aliran masuk bersih asing tertinggi pada mingguan sebanyak RM83.7 juta pada hari Jumaat menjelang mesyuarat presiden U-China yang sangat dijangka pada hari Sabtu.

Ini berbeza dengan rakan serantau lain iaitu Thailand, Filipina dan Taiwan yang mengalami aliran keluar bersih asing melebihi RM40 juta.

“Bagi bulan Jun 2019, pelabur asing telah memperoleh bersih RM134.6 juta, aliran masuk bersih asing pertama dalam tempoh lima bulan.

“Sepanjang dua setengah tahun, aliran keluar bersih asing dari Malaysia berjumlah RM4.66 bilion yang lebih rendah daripada aliran keluar bersih asing sebanyak RM6.8 bilion yang dilihat pada tempoh yang sama tahun lepas,” kata MIDF. – MalaysiaGazette