Home Utama Cadangan inkues kematian Orang Asli Kuala Koh dipertimbangkan

Cadangan inkues kematian Orang Asli Kuala Koh dipertimbangkan

Mohd Azis Jamman
Mohd Azis Jamman

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan penubuhan inkues berhubung kes kematian Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang bulan lepas.

Timbalan menteri KDN Datuk Mohd Azis Jamman berkata ketika ini laporan lengkap post mortem oleh Jabatan Patologi dari hospital masih belum diterima.

“Kita masih menunggu laporan rasmi post mortem, dan selepas diterima jika ada keperluan kita ambil pertimbangan untuk melaksanakan inkues seperti dicadangkan,” katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Anggota Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor, hari ini.

–BERNAMA