SINGAPURA – Harga minyak dunia meningkat dalam dagangan hari ini, kembali stabil selepas susut 4.0 peratus pada sesi sebelumnya, juga dipacu oleh lanjutan pengurangan bekalan oleh OPEC dan sekutu-sekutunya.
Niaga hadapan minyak mentah Brent LCoc1 untuk penghantaran September didagangkan naik AS$0.48 atau 0.8%, kepada AS$ 62.88 setong pada 0053 GMT.
Manakala niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat untuk CLc1 Ogos naik 37 sen, atau 0.7%, pada $ 56.62 setong.
Kedua-dua tanda aras jatuh mendadak pada Selasa berikutan kebimbangan kelembapan ekonomi global yang mengatasi pemotongan bekalan OPEC.
OPEC dan sekutu-sekutunya termasuk Rusia bersetuju semalam untuk meneruskan pengurangan bekalan minyak hingga bulan Mac 2020 dalam usaha meningkatkan harga. – MalaysiaGazette