Home Ekonomi OPEC+ setuju lanjutkan pengurangan bekalan minyak

OPEC+ setuju lanjutkan pengurangan bekalan minyak

Ibu pejabat OPEC di Vienna. foto Agensi

VIENNA – OPEC dan sekutu-sekutunya bersetuju untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran minyak dunia hingga Mac tahun depan dalam usaha meningkatkan harga bahan bakar itu ketika ekonomi dunia lemah dan lonjakan dalam pengeluaran oleh Amerika Syarikat.

Kelulusan perjanjian lanjutan pada hari Selasa itu adalah susulan keputusan OPEC pada hari sebelumnya.

Pada awal tahun ini, OPEC dan sekutu-sekutunya telah bersetuju untuk mengurangkan 1.2 juta tong sehari sehingga Jun lalu.

Sekutu-sekutu OPEC yang dikenali sebagai OPEC + telah mengurangkan bekalan minyak sejak tahun 2017 untuk menghalang penyusutan harga meskipun mengalami persaingan dari Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat kini sudah mengatasi Rusia dan Arab Saudi sebagai pengeluar minyak tertinggi dunia.

Menteri Minyak Arab Saudi, Khalid al-Falih mengesahkan perjanjian tersebut sudah dicapai.

Penanda aras Brent telah melonjak lebih daripada 25 peratus pada tahun ini selepas Washington mengetatkan sekatan ke atas ahli-ahli OPEC iaitu Venezuela dan Iran hingga eksport minyak negara-negara terbabit jatuh.

Kebimbangan terhadap permintaan global yang lemah akibat pertikaian perdagangan Amerika Syarikat -China telah menambah cabaran yang dihadapi oleh kartel minyak 14 negara itu. – MalaysiaGazette