Nga Kor Ming mempertahankan tindakan menambah hukuman menggantung Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada dua hari kepada empat hari di Dewan Rakyat pagi ini sebagai wajar dan konsisten.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu berkata, beliau terpaksa menggunakan perintah tetap Mesyuarat Dewan Perkara 44 (2) ke atas Ahli Parlimen BN Pasir Salak itu kerana sengaja berkelakuan tidak senonoh ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung.