Home Nasional Tun M dihina: Pegawai, penyokong tidak bela, bantah?

Tun M dihina: Pegawai, penyokong tidak bela, bantah?

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu peribadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mempersoalkan sikap berdiam diri pegawai dan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Perdana Menteri itu dihina dalam sebuah portal berita.

Beliau berkata, penghinaan itu dilihat melalui sebuah karikatur yang disiarkan portal terkenal itu sejak beberapa minggu lalu.

Katanya lebih menyedihkan apabila penghinaan itu tidak mendapat sebarang bantahan atau pembelaan daripada pegawai dan penyokong Ahli Parlimen Langkawi berkenaan.

“Karikatur hina @chedetofficial oleh Zunar ni dipapar di Mkini sejak 13 Jun 2019.

“Saya bukan nak backup Tun, tapi hairan kenapa nak dekat 3 minggu disiar, takda pun pegawai, penyokong Tun yang bantah.

“Barangkali ini semangat Malaysia Baharu bila boss dihina, fitnah,” kata Mohd Saiful dalam ciapan terkini di laman Twitter miliknya, hari ini.

Mohd Saiful mengulas karikatur didakwa milik kartunis politik, Zunar yang disiarkan oleh portal berita MalaysiaKini yang bertajuk “Join Conspiracy and Get Rewarded”.

Karikatur berkenaan yang menggunakan individu mirip Dr Mahathir dan berlatarbelakang tahun 1998 serta di poket bajunya tertulis “Sex Video”.

Di sebelah kartun itu tertulis mesej sinis didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri itu.

Antaranya, “21 years ago, when Dr M wanted to put Anwar in jail, the fake sex tactic was used”.

“Many who were willing to be part of the conspiracy, got rewarded.

“None of them have been punished! That is why it continues until today! – MalaysiaGazette