Home Seni Hidup Izzue sedia jalani rawatan kesuburan

Izzue sedia jalani rawatan kesuburan

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi Izzue Islam merancang untuk membuat pemeriksaan kesuburun bersama isterinya.

Malah beliau bersedia untuk menjalani rawatan sekiranya mempunyai masalah kesihatan yang memberi kesan kepada kegagalannya suami isteri mendapatkan zuriat sejak mendirikan rumah tangga enam tahun lalu.

“Saya risau umur makin lama makin meningkat tapi kami percaya pada rezeki Allah SWT, insyaAllah. Sekiranya selepas buat pemeriksaan dan ada di antara kami yang mempunyai masalah (kesuburan), kami dah bersedia untuk buat rawatan susulan selepas itu,” katanya.

Bekas penyanyi kumpulan Fourteen itu juga tidak menolak sekiranya disarankan untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dan menganggap ianya sebagai salah satu usaha.

“InsyaAllah selagi ia tidak menyalahi dari segi agama, kami juga mahu menggunakan kemudahan teknologi canggih sedia ada untuk dapatkan zuriat,” ujar Izzue lagi,” menurutnya.

Mengaku sentiasa dicadangkan pelbagai pihak untuk mengambil anak angkat namun Izzue dan pasangannya Awin masih mahu mencuba mendapatkan zuriat sendiri.

“Buat masa ini, kami masih sedang usahakan untuk cuba mendapatkan zuriat sendiri,” tambahnya.

Izzue bernikah dengan pasangannya Nurinafilah Waharudin pada 2 Jun 2013 yang juga merangkap pengurusnya. – MalaysiaGazette