Home Nasional Meriah sungguh sambutan kemerdekaan AS di Kuala Lumpur

Meriah sungguh sambutan kemerdekaan AS di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia pada dasarnya memiliki banyak persamaan yang berperanan mengerat hubungan lahi kedua-dua negara, khususnya daripada aspek sosio politik dan diplomatik.

Duta Besar AS ke Malaysia, Kamala Shirim Lakhdhir berkata, kepelbagaian kaum, etnik dan kepercayaan yang melatari pembentukan kedua-dua negara menjadikan ia begitu akrab dan saling menghormati antara satu sama lain.

Menurut beliau ketika bertemu dengan MalaysiaGazette, AS amat menghormati Malaysia sebagai rakan dagang dan diplomatik walaupun memiliki perbezaan dalam sistem pemerintahan serta perlembagaan.

AS1“Mungkin ramai tidak menyedari tetapi hakikatnya, terlalu banyak persamaan dilakar oleh AS dan Malaysia.

“Kami di AS juga kaya dengan keunikan pelbagai kaum, bangsa, etnik dan kepercayaan. Ia bukan sesuatu yang menghairankan kerana negara ini kaya dengan sejarah serta peradaban tamadun zaman silam.

“Sebagai contoh, hari ini sahaja, anda boleh (melihat) sendiri acara sambutan kemerdekaan kita ini begitu berwana warni, dunia sedang meraikan kita dan saling hormat menghormati negara masing-masing secara umumnya.

“Kita sebenarnya sangat gembira untuk berada di negara ini yang juga begitu kaya dengan pelbagai kebudayaan, agama, bangsa di bawah satu bumbung dengan aman damai,” katanya di sini malam tadi.

AS3Beliau menyatakan demikian pada majlis sambutan ulang tahun kemerdekaan AS ke-243 di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefley Ahmad dan pelbagai lapisan masyarakat.

AS2Para hadirin bukan sahaja dihidangkan dengan pelbagai makanan tradisi serta makanan popular AS selain persembahan pasukan pancaragam kedutaan.

Sepintas lalu, sambutan kemerdekaan AS yang disambut pada setiap 4 Julai sangat meriah.

Ia adalah detik pembebasan kesemua 13 koloni Amerika daripada penjajahan monarki Britain menerusi Deklarasi Kemerdekaan pada 4 Julai 1776. – MalaysiaGazette