Home Dunia Stadium River Plate jadi tempat berteduh gelandangan

Stadium River Plate jadi tempat berteduh gelandangan

Sebahagian golongan jalanan memasuki Stadium Monumental untuk berteduh kerana cuaca sejuk melanda Argentina. foto Agensi

BUENOS AIRES – Kelab bola sepak Argentina, River Plate membuka pintu stadium Monumental pada hari Rabu untuk memberi perlindungan kepada golongan jalanan ketika musim sejuk melanda.

“Dari pukul 6 petang pada hari Rabu hingga pagi hari Khamis, River Plate akan menyediakan selimut dan tempat perlindungan,” kata Juan Carr, pengasas organisasi masyarakat Red Solidaria yang membantu menyelaraskan sumbangan.

Kumpulan sukarela itu telah melaksanakan kempen Cold Zero itu sejak tujuh tahun, membantu golongan gelandangan di Plaza de Mayo, di Buenos Aires.

Tahun ini, kumpulan ini bekerjasama dengan River Plate.

“Berada di dalam kawasan penempatan adalah lebih selamat,” tambah Carr.

Agensi meteorologi memberi amaran cuaca sejuk sehingga menyebabkan suhu beku berlaku beberapa hari ini dan ia menimbulkan kebimbangan kepada penduduk miskin tegar di Argentina dan golongan gelandangan.

Red Solidaria berkata, seorang individu berusia 52 tahun ditemui meninggal dunia di bandar ini selepas menghabiskan waktu malamnya di jalanan dan empat lagi maut di tengah negara ini. – MalaysiaGazette

+ posts