TERKINI : Tuduhan Terbuka!!! Lembaga Disiplin PKR Pecat Haziq – Datuk Ahmad Kasim

PETALING JAYA – Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memecat keanggotaan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkuatkuasa serta-merta.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Kasim berkata, keputusan itu dicapai secara sebulat suara setelah mendapati Haziq melanggar tata etika parti dan membuat tuduhan salah laku rasuah tanpa asas terhadap pimpinan parti itu.

“Kita telah menerima surat jawapan terhadap surat tunjuk sebab yang telah kita keluarkan kepada saudara Haziq Abdullah Abdul Aziz dan kami telah meneliti surat jawapan pada 2 Julai 2019 petang tadi dalam mesyuarat Lembaga Disiplin PKR.