Home Dunia Tetamu keracunan makanan semasa hadiri majlis ulang tahun Imelda Marcos

Tetamu keracunan makanan semasa hadiri majlis ulang tahun Imelda Marcos

Anggota paramedik datang memberi bantuan di Kompleks Sukan Ynares yang menjadi lokasi sambutan ulang tahun Imelda R. Mrcos, semalam.

MANILA – Sekurang-kurangnya 261 orang dikhuatiri mengalami keracunan makanan selepas menghadiri sambutan ulang tahun bekas wanita pertama, Imelda R. Marcos di Pasig, semalam.

Bulan Sabit Merah Filipina berkata, menurut laporan dianggarkan 2,000 tetamu yang hadir tetapi hanya 137 orang mengalami tanda-tanda keracunan makanan.

Mereka didakwa mengalami muntah-muntah dan loya.

Tetapi pada pukul 5.30 petang, beberapa hospital di Pasig dan bandar berhampiran menerima seramai 261 orang pesakit selepas menghadiri majis itu.

Imelda berusia 90 tahun pada 2 Julai lalu.

Polis Daerah Timur berkata, polis sedang melakukan siasatan.

Menurutnya, kumpulan paramedik telah bergegas ke tempat kejadian di Kompleks Sukan Ynares pada pukul 11.20 pagi selepas menerima laporan beberapa kes muntah-muntah dan rasa tidak selesa di perut dalam kalangan tetamu yang menghadiri majlis tersebut. – MalaysiaGazette