Home Nasional Saya tak pernah cakap usia 31 tahun jadi warga emas

Saya tak pernah cakap usia 31 tahun jadi warga emas

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyifatkan usia 31 tahun sebagai warga emas di negara ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada isu had umur yang diklasifikasikannya kemudian tersebar menerusi media sosial sejak semalam yang disifatkannya sebagai palsu.

Pengendali Instagramnya mengatakan tindakan pihak tertentu yang mencetuskan kontreversi itu sengaja mahu memburukkan imej Syed Saddiq.

“Pihak kami amat kesal dengan tindakan segelintir pihak dalam menyampai serta menyebarkan kenyataan palsu itu.

“Tindakan ini dianggap sebagai niat untuk menjejaskan imej Syed Saddiq,” tambahnya.

Semalam tersebar sebuah entri di media sosial   mendakwa Menteri Belia dan Sukan itu mengklasifikasikan  golongan berusia 31 tahun ke atas sebagai warga emas.

Ia selepas Rang Undang-undang (RUU) yang dibawa menteri itu di Dewan Rakyat baru-baru ini berkenaan takrifan belia untuk menurunkan had umur maksimum belia dan anggota pertubuhan belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.-MalaysiaGazette