Home Dunia 4 ekor harimau serang pelatih hingga maut

4 ekor harimau serang pelatih hingga maut

Ettore Weber. foto Agensi

ROM – Empat ekor harimau menyerang pelatihnya hingga maut semasa latihan di sebuah sarkas di Triggiano, Bari di selatan Itali.

Mangsa, Ettore Weber, 61, awalnya diserang oleh seekor harimau sebelum tiga ekor lagi turut menyerang sama.

Kesemua harimau itu kemudian ‘bermain’ dengan tubuh Weber di dalam kandang sebelum pasukan paramedik dan kakitangan sarkas tiba.

Weber maut kerana kecederaan.

Mangsa yang bekerja dengan Orfei Circus adalah antara pelatih sarkas terbaik di Itali.

Weber dikatakan melatih harimau-harimau itu pada pukul 7 malam untuk persembahan Animal Park yang berdasarkan pengembaraan dunia dengan haiwan berbeza.

Antara haiwan lain yang terlibat dalam pertunjukkan itu termasuk unta dan zebra.

Pertunjukkan itu akan dipersembahkan sejam sebelum kejadian.

Media melaporkan tiga harimau itu telah dikeluarkan daripada sarkas itu dan dihantar ke taman safari.

Polis masih menjalankan siasatan.

Orfei Circus tiba di Triggano pada 15 Jun lalu dan akan membuat persembahan hingga 14 Julai. – MalaysiaGazette