ENGLAND – Paul Pogba masih tidak muncul dan menyertai latihan pramusim pasukan Manchester United di Carrington, Manchester.
Tindakan itu sekali gus mengkukuhkan spekulasi kuat mengatakan pemain antarabangsa Perancis itu akan meninggalkan Old Trafford.
Ejennya,- Mino Raiola mendakwa pemain tengah itu dalam proses meninggalkan theatre of Dreams musim ini.
Pemain berusia 26 tahun itu masih belum menyertai rakan sepasukan lain dalam latihan pramusim dibawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.
Alexis Sanchez dan pemain baharu Aaron Wan Bissaka tidak hadir juga ke latihan hari ini.
Real Madrid dan Juventus dikaitkan kuat dengan Pogba sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Pogba juga mengakui membuka cabaran baharu luar Old Trafford.
Bagaimanapun, United menyangkal khabar angin itu tetapi Raiola pula mengintai kelab baharu.
“Semua dalam kelab dari pengurus hingga rakan sepasukan tahu akan keinginan Pogba (kelab baharu),” kata Raiola.
Ditanya sama ada Pogba akan menyertai kelab itu untuk jelajah pramusim pasukan, Raiola berkata, dia tidak boleh komen apa apa mengenainya.
The Red Devils dilaporkan memberitahu Madrid dan kelab Serie A itu mereka harus menyediakan dana sekurang-kurangnya 150 juta pound untuk mendapatkan Pogba.
Solskjaer pula memberitahu Pogba diluluskan cuti tambahan seminggu untuk berehat disebabkan beraksi tiga perlawanan bersama Perancis Jun lalu.
Pogba kini bercuti bersama keluarganya di New York dan jelas dia tidak akan menyertai skuadnya dalam aksi pembukaan jelajah pramusim menentang Perth Glory di Australia pada 13 Julai ini.- MalaysiaGazette