Home Seni Hidup Cameron Boyce meninggal semasa tidur

Cameron Boyce meninggal semasa tidur

Cameron Boyce

LOS ANGELES- Bintang muda Disney Channel, Cameron Boyce meninggal dunia pada usia 20 tahun.

Mendiang yang sedang menjalani rawatan berterusan akibat sawan didapati meninggal dunia ketika sedang tidur.

Kematiannya disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Robert Iger pada Ahad.

Boyce terkenal apabila membintangi pelbagai siri dan filem terbitan Disney seperti Descendants, Jessie serta filem Grown Ups dan Grown Ups 2.

“Walt Disney Company berkabung susulan kematian #CameronBoyce yang merupakan sahabat kepada kita semua, beliau sangat berbakat dan mempunyai hati yang baik. Beliau pergi dalam usia yang terlalu muda.

“Doa dan ucapan takziah dikirimkan kepada keluarga dan sahabat mendiang,” katanya dalam satu ciapan hari ini.- Agensi