Saksi ke-42 perbicaraan SRC International Sdn. Bhd. berkata beliau dipanggil semula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berkenaan siasatan penyelewengan selepas kerajaan bertukar pada Mei tahun lalu.
Beliau pernah memberi keterangan pada tahun 2015, namun kata Datuk Suboh Md. Yassin, tiada arahan yang sama dikeluarkan meskipun telah pulang ke tanah air selepas berada di luar negara beberapa ketika.