KAHERAH – Tentera gabungan yang diketuai Riyadh memaklumkan telah memintas dan memusnahkan dron yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi yang mensasarkan orang awam Arab Saudi.
“Dron itu telah mencapai sasarannya,” kata kenyataan gabungan itu.
Kumpulan Houthi yang diselaraskan oleh Iran sedang berperang dengan gabungan tentera di Yaman, berulang kali melancarkan serangan yang mensasarkan kejiranan Arab Saudi.
Stesen televisyen yang dikuasai Houthi pula melaporkan pada hari Isnin, serangan dron itu telah mengenai sasaran di selatan Arab Saudi. – MalaysiaGazette