Sistem pendidikan negara boleh dirombak sekiranya terdapat keperluan untuk memasukkan elemen keusahawanan bagi mengelak kebergantungan terhadap pasaran permintaan pekerjaan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli berkata, terdapat beberapa inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan berhubung perkara berkenaan sebelum ini dan disebabkan itu tidak perlu dilakukan rombakan besar di dalam sistem pendidikan pada masa ini.