KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak percaya Lim Guan Eng akan terlepas daripada tindakan oleh Parlimen setelah terbukti beliau berbohong dan mengelirukan Dewan Rakyat.
Komen bekas perdana menteri itu susulan laporan sebuah portal yang mendakwa laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung tuntutan bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dibentang minggu depan didapati wang tersebut tidak dicuri atau dirompak.
“Bermaksud parlimen dengan rasminya telah mengesahkan Guan Eng membohong dalam parlimen. Ada bukti video pembohongan dari mulut dia. Tuduhan itu juga dilaporkan dengan meluas oleh media masa itu.
“Tapi ianya pasti bahawa Guan Eng akan terelepas dari tidak apa-apa tindakah oleh parlimen PH setelah terbukti membohong dan mengelirukan Dewan Rakyat.
“Gerenti,” katanya menerusi posting di Facebook beliau.
Artikel berkaitan:Siasatan tuntutan bayaran balik GST selesai sebelum 1 April ini
Laporan tuntutan tunggakan bayaran balik GST dibentang Selasa depan
Kastam pertahan tidak cukup dana bayar balik tuntutan GST
Syarikat, individu tidak terima bayaran balik GST boleh jadi saksi – Guan Eng
Duit GST hilang: Guan Eng menteri baharu, dia tak faham
Salah titik perpuluhan, tabung GST kekurangan RM19.248b – Guan Eng
Irwan, sila dedahkan lokasi wang GST
Sebenarnya sifar GST negara hilang pendapatan RM31b – Najib
Najib sepatutnya tahu pergerakan wang bayaran balik GST, kata PM
Ini kerana, dakwanya dalam kes rogol pun polis tidak berani untuk menahan wakil rakyat DAP untuk siasatan.
“Kes ketua bahagian DAP ugut ketua polis daerah secara bertulis pun lepas begitu sahaja.
“Ini kan “hal kecil” memfitnah dalam Parlimen dan membohong seluruh Rakyat Malaysia tentang berpuluh bilion Ringgit?,” sindir beliau.
Sebuah portal hari ini melaporkan PAC dipercayai mendapati dakwaan Menteri Kewangan bahawa pentadbiran BN sebelum ini “merompak” dana untuk bayaran balik GST sebagai tidak tepat.
Lapornya, PAC mendapati pentadbiran Barisan Nasional membuat anggaran berlebihan (overestimate) untuk hasil yang akan diterima daripada GST dan pada masa sama membuat anggaran rendah berkenaan jumlah yang diperlukan untuk bayaran balik.
Bagaimanapun kerajaan dahulu tidak ‘mencuri’ atau mengambil dana dalam akaun disatukan untuk bayaran balik tersebut, menurut laporan portal tersebut. – MalaysiaGazette