10 usahawan fesyen yang telah digilap selama 6 bulan dalam Program Pembangunan Pemasaran Usahawan Fesyen MIF ( Mara In Fashion) bersatu di atas pentas ALIKE Spring -Summer Collection 2020 memperagakan 5 hasil rekaan mereka bersama seorang figura atau muse.
Antara muse yang mencuri tumpuan media ialah Ezlynn Ariffin, penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye yang turut memperaga pakaian salah seorang pereka fesyen, Helmi Helham.