LONDON – Inter Milan mengesahkan telah memulakan rundingan rasmi sudah bersama Manchester United mengenai masa depan Romelu Lukaku
Pengarah Sukan Kelab itu, Piero Ausilio berkata, wakil mereka telah dihantar ke England bagi mencapai kata putus pertemuan itu mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Belgium itu.
“Pertemuan itu adalah rundingan rasmi antara dua kelab dan kita menunggu apa keputusan tidak lama lagi.Kita lihat apa yang akan berlaku selepas ini.
“Semua pemain yang kami sasarkan telah mendapat persetujuan daripada pengurus, Antonio Conte,’ katanya memetik laporan Mirror.Co.Uk.
Lukaku yang memiliki kontrak bersama Red Devils hingga tahun 2022 dengan klausa pilihan setahun tambahan menyertai United dari Everton dengan yuran £75 juta (RM390 juta) pada tahun 2017.
Kelab terkaya Liga Perdana Inggeris itu mahu mengekalkan jumlah itu andainya Inter berminat mendapatkannya.
Sebelum ini, Lukaku meluahkan minatnya beralih ke liga di Itali dan mungkin berpisah dari Old Trafford.
Hasrat Lukaku itu dikatakan berpunca apabila pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer lebih mengutamakan Marcus Rashford di bahagian depan yang sudah menyumbat 12 gol liga musim lalu.
Ketika ini, pemain berusia 26 tahun itu berada di Australia menyertai Jelajah pramusim dan menjadi pemain utama membantu United menamatkan saingan liga di tangga keenam dengan 15 jaringan di semua kejohanan termasuk ketika kalah di suku akhir Liga Juara-Juara di tangan Barcelona. – MalaysiaGazette