KUALA LUMPUR – Universiti Limkokwing telah dimaklumkan tentang kematian penuntutnya, Thomas Orhions Ewansiha semalam.
Thomas mati ketika dalam tahanan.
Universiti itu berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh seorang anggota Kedutaan Nigeria pada 11.33 pagi pada hari Khamis untuk mendapatkan rekod pelajar tersebut.
Ia bertujuan untuk mengesahkan Thomas adalah individu yang mati semasa ditahan.
“Untuk pengetahuan Thomas ditahan pada 5 Julai di tempat awam di Kuala Lumpur semasa serbuan,” kata Universiti Limkokwing dalam satu kenyataan di sini.
Thomas sedang menuntut Doktor Falsafah dalam bidang pengurusannya,
Dia telah kahwin dan mempunyai dua orang anak.
Universiti itu berkata, Thomas adalah ahli pusat pasca siswazahnya.
“Dia seorang lelaki muda yang memiliki inspirasi. Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarganya dan ramai kawan rapat,” katanya. – MalaysiaGazette