AUSTIN – Seorang wanita ditahan selepas rangka mayat ibunya ditemui di dalam sebuah rumah dua bilik yang dihuni bersama anak perempuannya.
Polis percaya mangsa, 71, mati akibat terjatuh pada tahun 2016.
Anak kepada mangsa yang berusia 47, didakwa gagal menyediakan bantuan yang betul kepada ibunya, yang dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh yang tidak memberi ancaman nyawa.
Rangka tulang mangsa ditemui di atas lantai bilik tidurnya.
Manakala anak mangsa dan cucunya tidur di bilik lain.
Semasa kejadian, anak wanita itu di bawah usia 15 tahun, disebabkan itu tertuduh juga didakwa dengan ‘kecederaan kepada anak’.
Buat masa ini remaja itu dijaga oleh saudaranya.
Wanita tersebut pula berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara dan denda sehingga AS$10,000.
Polis memberitahu, mangsa adalah ahli komuniti yang dihormati, bekerja sebagai setiausaha dan penolong guru di sebuah sekolah tempatan selama 35 tahun.
Selepas dia bersara, mangsa bekerja sebagai pengutip tiket di acara sukan di Seguin. – MalaysiaGazette