Home Seni Hidup Wajah Yuna bercucuk sanggul di New York

Wajah Yuna bercucuk sanggul di New York

KUALA LUMPUR – Penyanyi Malaysia yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Yuna terus melakar sejarah apabila wajahnya terpapar pada sebuah papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) muncul di Times Square yang terletak di tengah-tengah kota metropolitan New York, Amerika Syarikat.

Paparan wajahnya yang bercucuk sanggul itu bagi mempromosi album terbaharunya, Rouge yang dilancarkan semalam.

Rouge merupakan album keempat Yuna ataua nama sebenar Yunalis Zarai.

Menerusi Instagram miliknya menerima ribuan komen daripada barisan selebriti dan juga peminatnya dari dalam dan juga luar negara Uncle Sam itu.

Siaran iklan itu dibawakan khas oleh platform penstriman muzik popular dunia, Spotify.

Tulis Yuna ringkas:

“From KL to the WORLD!, IT’S ROUGE DAY EVERYWHERE AND IT’S DEFINITELY ROUGE DAY IN TIMES SQUARE NYC1 ROUGE OUT NOW! Also go take photos there and tag me! #yunarouge thanks @spotify
– MalaysiaGazette