NEW YORK – Sebuah penjana eletrik meletup telah menyebabkan sebahagian besar daripada kawasan Manhattan termasuklah teater Broadway bergelap pada Sabtu.
Bagaimanapun, syarikat utiliti utama bandaraya tersebut berjaya memulihkan semula gangguan dalam tempoh beberapa jam.
Tiada kecederaan ataupun kematian dilaporkan semasa insiden tersebut.
Menurut pegawai-pegawai kerajaan, kejadian yang bermula pada jam 6.47 petang (2247 GMT) telah menyebabkan kawasan dari West 42nd Street ke West 72nd Street bergelap.
Ini merupakan gangguan letrik terbesar yang berlaku dalam tempoh 42 tahun selepas New York bergelap pada 1970-an sehingga menyebabkan tunjuk perasaan dan keganasan di bandar metropolitan itu.
“Saya baru sahaja tiba di bandar ini dan kebanyakan lampu telah pun dihidupkan.
“Keadaan menjadi terang. Memang bukan semua bekalan elektrik dapat dipulihkan tetapi bandar ini lebih terang.
“Keadaan agak huru-hara di West Side,” kata Gabenor New York, Andrew Cuomo dalam satu sidang media selepas lima jam bekalan letrik terputus.
Bekalan elektrik berjaya dipulihkan hampir keseluruhannya menjelang tengah malam tadi, kata Ketua Eksekutif syarikat utiliti Con Edison, John McAvoy.
Punca kejadian masih belum dipastikan namun McAvoy memberi jaminan ia tidak mempunyai kaitan dengan lebihan penggunaan.
Lebih 73,000 rumah dan perniagaan terputus bekalan elektrik, kata pihak berkuasa.- MalaysiaGazette