Home Nasional Aziz Jamman berkerusi roda ke Parlimen

Aziz Jamman berkerusi roda ke Parlimen

Datuk Mohd Azis Jamman berkerusi rodak ke Parlimen selepas terbat dalam kemalangan pada April lalu.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman datang ke Parlimen berkerusi roda hari ini.

Beliau menghadiri sesi soalan jawab lisan yang pertama melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Kaki dah patah,” kata Ahli Parlimen Sepanggar itu kepada wartawan.

Mohd Azis mengalami kecederaan itu apabila terlibat dalam kemalangan pada April lalu ketika menyertai jelajah konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Beliau selamat menjalani pembedahan pada 26 April lalu. – MalaysiaGazette