Home Ekonomi Bursa dibuka rendah

Bursa dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Saham di Bursa Malaysia meneruskan arah aliran menurun Jumaat lalu pada pagi ini, tetapi pasaran menjangkakan beberapa aktiviti pemburuan saham murah dalam tempoh terdekat, sejajar kenaikan kukuh di Wall Street pada akhir minggu lalu.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.32 mata kepada 1,668.13 daripada 1,669.45 penutup Jumaat, selepas dibuka 1.14 mata lebih tinggi pada 1,670.59.

Bagaimanapun, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 149 berbanding 68 dengan 185 kaunter tidak berubah, manakala 1,447 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 134.7 juta saham bertukar tangan bernilai RM36.80 juta. – MalaysiaGazette

+ posts