Home Dunia Penduduk Indonesia panik digegar dengan gempa bumi

Penduduk Indonesia panik digegar dengan gempa bumi

Penduduk di utara Maluku berkeliaran menyelamatkan diri di atas jalan raya selepas pulau itu dilanda gempa bumi dengan 7.3 magnitud semalam. foto Agensi

JAKARTA – Seorang wanita maut selepas gempa bumi dengan 7.3 magnitud melanda pulau-pulau Maluku di timur Indonesia semalam.

Manakala beribu-ribu penduduk dalam keadaan panik menyelamatkan diri.

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (6 batu) di kawasan 168 kilometer tenggara Kota Ternate, kata geologi Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, agensi meteorologi Indonesia (BMKG) mencatatkan gempa dengan magnitud 7.2 dan menyatakan ia tidak menyebabkan tsunami.

Dalam tempoh kurang daripada empat jam selepas gempa, BMKG berkata, berlaku sekurang-kurangnya 30 gempa susulan.

Bencana alam itu berlaku beberapa jam selepas gempa dengan magnitud 6.6 melanda Australia Barat, selatan Indonesia. – MalaysiaGazette