Home Dunia Cubaan cipta rekod duduk di tandas gagal

Cubaan cipta rekod duduk di tandas gagal

Jimmy De Frenne. foto Agensi

BRUSSELS – Seorang lelaki di Belgium gagal dalam usahanya untuk mencipta Rekod Dunia Guinness dengan duduk di tandas selama 165 jam atau hampir tujuh hari.

Sepanjang percubaan itu, Jimmy De Frenne dibenarkan keluar berehat selama lima minit. Dia juga boleh mengumpul waktu rehatnya untuk tidur.

Dia juga dibenarkan berhenti untuk ke tandas kerana tandas yang digunakan untuk mencipta rekod itu tidak memiliki kemudahan paip air.

Semasa rehat De Frenne, dia dibenarkan memeriksa telefonnya, makan makanannya dan menikmati perbualan dengan rakan dan keluarga.

Namun, percubaan De Frenne berhenti selepas 116 jam apabila kakinya sakit dan dia keletihan.  – MalaysiaGazette