Home Nasional Dr. Mahathir perlu pegang jawatan PM tidak lebih 2 tahun – Kaji...

Dr. Mahathir perlu pegang jawatan PM tidak lebih 2 tahun – Kaji selidik

Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr. Mahathir
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan.

KUALA LUMPUR – Kaji selidik yang dilakukan Institut Darul Ehsam mendapati majoriti rakyat Malaysia merasakan Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu memegang jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 2 tahun.

Ketua Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan,  Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, kajian tersebut mendapati 75 peratus responden dalam Survei Malaysia 2019 berpandangan sedemikian.

“Hanya 22 peratus sahaja berpandangan Tun tidak perlu melepaskan jawatan.

“Daripada mojoriti rakyat yang mahu Tun memimpin tidak melebihi dua tahun terbahagi kepada empat kategori iaitu enam bulan dari sekarang adalah 44 peratus, tidak melebihi dua tahun 36 peratus dan serta merta sekitar 20 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Infografik IDE 1

Kaji selidik tersebut turut bertanyakan soalan pemimpin yang disokong menjadi Perdana Menteri selepas Dr. Mahathir.

Menurut Mohammad Redzuan, majoriti rakyat Malaysia memilih Anwar yang membolehkan beliau berada pada kedudukan pertama dengan mendahului sebanyak 45 peratus diikuti Tan Sri Muhyiddin Yaasin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di tempat ketiga.

Infografik IDE 2Katanya, populariti tokoh-tokoh lain adalah dibawah 10 peratus daripada kalangan tokoh kerajaan mahupun pembangkang. – MalaysiaGazette